Posts

Kisah Misteri Kunjungan Dua Orang Gadis Cantik Di Sebuah Pejabat

Kisah ini berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Di sebuah pejabat kerajaan, Rizal sedang bertugas menjaga kaunter khidmat pelanggan. Jam menunjukkan tepat 1.15 tengah hari, jadi hanya Rizal sahaja yang berada di pejabat pada ketika itu. Kebetulan rakan-rakan pejabatnya yang lain keluar untuk rehat dan makan tengah hari, dan ada yang melakukan tugasan di luar waktu pejabat. Tiba-tiba datang dua orang gadis muda ke kaunter tempatnya sedang bertugas. Rizal terpaku melihat penampilan kedua-dua gadis itu yang kelihatan sangat cantik bagaikan bidadari. Terdetik di hati Rizal yang sedikit nakal, memang bertuah nasibnya hari ini kerana menerima kunjungan dua orang gadis cantik. Namun sebagai seorang penjawat awam yang profesional, Rizal melayani kedua-duanya dengan penuh sopan dan berhemah. Selepas kedua-dua gadis itu pulang, Rizal dapat menghidu bau yang sangat wangi yang berlanjutan sehingga beberapa minit, sebelum beransur-ansur hilang. Bagi Rizal, mungkin itu adalah bau wangi-wangian yang dip